Friday, February 13, 2009

TALAM DUA MUKA

Gua malam tadi ketawa sorang-sorang bila tengok berita astro awani. Lu orang nak tau ape yang gua ketawakan. Gua ketawakan PDRM yang bersunguh-sungguh nak siasat otai-otai Pakatan Rakyat di bawah akta hasutan dalam ceramah sempena rampasan kuasa di Perak.

Gua teringatkan pulak kat Pak Mail yang racist nun kat negeri anak mami. Ape cerita sekarang! Siahat walafiat nampaknye. Bile nak mati? Takde pun nak dakwa si mamat bahalol ni di bawah akta ini.

Berbalik pada mamat bahalol ni. Gua nak ulas sikit. Isu yang mamat ni cakap seperti mamat ni ludah kat muka Tunku Abdul Rahman, ludah kat muka Pak Lah, ludah kat muka Najis Rosak, ludah kat muka tokei-tokei UMNO, ludah kat puak-puak UMNO satu Malaysia dan sebaliknya muka mamat bahalol diludah oleh mereka semua.

Lu orang pikir le, sape yang sain prinsip jus soli ni. Sudah sain sendiri mahu ingat le. Abis tu nak ungkit-ungkit lagi apa pasal. Bodoh punya orang!

Ni satu lagi kes dalam berita malam tadi. Kes sultan. Tak abis-abis nak burukan Pakatan Rakyat. Ye la tu, yang derhaka.....PR, yang gubal perlembagaan 1993.....PR, yang kata natang kat sultan.....PR, yang tabal sultan kelantan yang baru juga PR. Puak-puak UMNO semuanya yang molek-molek. Kah kah kah kah.

Bagi gua la, gua teringat kata-kata Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang di Dunia". Takde le pulak Hang Tuah kata "Takkan Sultan Hilang di Dunia".

1 comment: