Saturday, February 14, 2009

FATWA ; UTUSAN MELOYA & BERITA HAIRAN

Hari ni gua nak jadi mufti kejap. Dulu masa sekolah dulu cita-cita gua nak jadi mufti. Tapi gua tengok mufti kat malaysia ni, positionnya satu aje bagi setiap negeri. Lebih-lebih lagi mufti kat negeri gua. Tak tukat-tukar lagi. Air cond terlebih kuat kot. Jadi gua batalkan hasrat nak jadi mufti. Gua jadi mamak kuti aje le. Kah kah kah kah.

Ok le tanpa membuang masa gua nak bagi fatwa untuk diri gua sorang ari ni. Lu orang nak ikut gua tak pakse. Fatwa gua senang dan ringkas aje. Tak payah nak bersidang untuk bincang fatwa beberapa hari kat kat hotel terkemuka dengan makanan lazat. Lepas tu claim milage ribu raban.

Fatwa gua ; HARAM MEMBELI UTUSAN MELOYA & BERITA HAIRAN. Sebab apa gua cakap haram. Bukan sebab isi kandungan kedua-dua kertas sampah ni ditulis dengan berita-berita yang bernas lagi ilmiah. Semua orang tau. Berita yang disiarkan cukup ilmiah. Sampai profesor-profesor kangkung buat rujukan kajian mereka. Nak gua bagi contoh. Gua bagi aje le contoh ; "Fundemental Ekonomi Malaysia Kukuh Berbanding Singapura", "Harga Minyak di Malaysia Masih Murah Berbanding Papua New Gunea", "Harga Gula Naik, Kurangkan Gula Untuk Kesihatan". Kah kah kah kah.

Sebab ape gua keluarkan fatwa ni. Lu orang pegi kat page kedua terakhir kat kertas sampah ni. Lu orang perasan tak setiap hari ahad, isnin dan khamis, ada keputusan tenung nasib aka nombor ekor.

Bukan murah beb nak iklan kat suratkhabar ni. Mahu ribu raban sekali iklan. Ok le gua bagi penjelesan ilmiah. Maklum le gua profesor kangkung juge. Katakan sekali iklan pukul rata 5 ribu sehari. seminggu 3 kali, 15 ribu income dapat. Kalau sebulan da 60 ribu. Setahun 720 ribu. 52 tahun merdeka, katakan tahun 1967 baru ada tenung nasib ni, 42 tahun income dekat 30 juta lebih.

Tu belum kira yang special draw punye result. Lepas tu lu orang support nyawa kertas sampah ni lagi dengan membelinye. Macam lu orang support kompeni tenung nasib ni beriklan lebih hebat lagi.

Apa kata majlis fatwa kebangsaan aka mufti-mufti dengan fatwa gua? Gua boleh jadi mufti tak?



No comments:

Post a Comment