Sunday, February 15, 2009

NIZAR.....PERMATA YANG BERSINAR

Bro Nizar. Gua respect sama lu. Gua nak ulas sikit tentang bro Nizar ni. Sebelum ni gua tak berapa kenal sangat dengan bro ni. Walaupun bro ni MB gua. Gua tak ambik pot pun. Masa adik gua kahwin bulan ogos ari tu, abang ipar gua aka penyokong umno ni puji tentang bro ni. Sebab abang ipar gua duduk dekat dengan rumah MB ni.

Berbalik story bro ni, adegan rampasan kuasa yang pada gua belum berakhir lagi sape pemenangnya telah menyerlahkan lagi ketokohan bro ni. Gua tengok bro ni cool saje hadapi malapetaka dari bajingan umno ni. Tapi dalam cool ni, gua kagum dengan ketegasannya.

Bagi gua la, bro ni ada prinsip. Prinsip yang bukan senang nak dicari pada seorang pemimpin. Gua heran jugak sultan gua ni. Mana nak cari pemimpin macam bro ni, senang-senang aje lantik mat gelap sebagai MB haram. Macam langit dengan bumi bro gua ni dengan mat gelap.

Gua nak bagi tau lu orang semua, gua da mencongak melalui pembacaan politik sifu gua aka bapak gua yang alhamdullilah telah hidup di lima perdana menteri (sifu gua da berumur 89 tahun), bro nizar ni ada ketokohan menjadi Perdana Menteri Malaysia kalau digilap dan diberi peluang untuk berdiri bersama otai-otai PR di pusat.

Serba serbi lengkap bro ni, bahasa majmuk dia tau, pidato excellent, tegas dan cool, yang penting bro ni sedia mendengar suara rakyat bawahan. Itu yang gua dan lu orang mahukan. Bravo bro Nizar!!!

No comments:

Post a Comment