Wednesday, February 25, 2009

Friday, February 20, 2009

AMBIL PERHATIAN!!! AMBIL PERHATIAN!!!

2 hari gua tak posting gua punye blog. Rasa gian tangan gua nak tekan keyboard ni. Bukannye apa, gua ada urusan kat oversea...nun kat singapore....gua dapat kontrek bangunkan pulau batu putih dan supply pasir kat sana...kah kah kah kah.

Gua tengok negeri gua tercinta...perak....makin menarik dramanye. Gua tak suspen sangat sebab gua minta tilikan dari sifu gua aka bapak gua. Sifu gua bertitah kat gua suruh postingkan titah sifu dalam blog gua untuk tatapan otai dan agen-agen Pakatan rakyat. Harap-harap ada yang mendengar titah dari hamba pacal yang hina.....kah kah kah kah.

Gua nak bawa lu orang berfikir dan merancang apa yang mungkin terjadi di negeri gua. Secara legalnye, drama ini akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Tapi lu orang pun tau, umno ni yang tak illegal ni memang expert dan bab melabun memang juara.

Gua bagi le story sikit sebagai pembayang laa....katakan gua dengan lu orang main permainan chess. Dalam permainan chess ni gua jadi bro Amno dan lu orang jadi bro Piar. Main punye main lu orang nak checkmate gua. Dengan tipu licik gua, gua cakap pada lu orang.... ada awek cun melecun lagi seksi lalu kat belakang lu orang. Dengan tak semena-mena lu orang pandang le belakang. Gua dengan konfidennye cilok lu punye buah yang nak checkmate gua dan lu orang tak boleh nak check mate gua lagi. Lu orang pasti gelabah......endingnya gua tentu menang punye.

Ape yang nak gua sampaikan dari titah sifu gua ialah....sekarang ni pakatan rakyat berada dalam situasi nak checkmate da ikut legal. Tapi sifu gua minta PR, kalau boleh beri kawalan 24 jam pada tuan saddig segar raga speker. Bukannye ape, takut si speker ni dipanggil jemput oleh malaikat Izrail terlalu awal oleh tangan-tangan iblis. Lu orang semua boleh fikir si iblis ni akan lakukan apa saje untuk puasakan nafsu mereka dan kerabat mereka. Kalau tuan speker dijemput oleh Izrail terlalu awal, maka pengganti pada Tuan saddiq sega raga...lu orang sedia maklum le...sape lagi kalau bukan si ahso camry aka penolong speker yang tak ada cacat celanya. Sebab itu dalam pasaran perpindahan pemain bole sepak, si ahso ini dibeli oleh united mno. Ada gunanye si ahso camry ni kalau otai-otai PR tak ambil kisah. Dalam politik semunya boleh terjadi.

Gua rasa itu aje yang dapat gua sampaikan titah nasihat dari sifu gua. Sape le gua yang tak berparti ni untuk beri buah fikiran pada otai-otai semua. Gua apply masuk PKR... minta borang pada lu orang PKR, borang tak dapat la ni...nak masuk PAS.... lu orang PAS cakap pegi ambik borang sendiri nun kat jalan raja laut.....malas gua. DAP pulak gua tak apply lagi......





Tuesday, February 17, 2009

MELAYU.....CINA.....INDIA.




GAMBAR BOGEL

Hari ni gua tengok puak-puak umno jahanam bukan main gembira menyambut pesta seks dengan gambar bogel elizabeth wong. Gua tak tengok lagi gambar tu. Tapi berahi tokei-tokei umno mengalahkan berahi bakal ketua darjah mereka pada altantuya. Ramai yang berahi dalam tv gua tengok, ayah kepada dafi auowww pun berahi, tapi yang tersangat berahi si anak toyol aka tempe aka botox.

Perrgggh berahi si toyol ni mengalahkan berahi kepada mak cik hayati onn(bukan nama sebenar) denga pak cik rahman (bukan nama sebenar) yang berkempen dalam bilik hotel. Berahinya juga mengalahkan pak cik jamaludin jarjis (bukan nama sebenar) meraba bontot pelayan kelab dulu. Tapi berahinya tak boleh lawan cinta tiga segi najis rosak-altantuya-rosak baginda. Kah kah kah kah

Bagi gua le, dalam masa dalam 48 jam ni kalau PRDM tak dapat settle kes gambar bogel ni, gua rasa elok le bagi skuad seekers ntv7 yang siasat. Kah kah kah kah. gua anggap kes ni kes direct. Boleh tau sape dalang disebalik gambar bogel ni. Takan nak cekup ex-boyfrien si eliz ni nak minta tolong FBI kot.

Gua tak kisah kalau eliz nak letak jawatan ke atau tak. Bagi gua, lantak dia le nak bogel kat rumah dia. Janji jangan nak buat demo bogel macam reformis tajaan anak toyol di Shah Alam tempohari. Tapi kalau ditakdirkan ada pilihanraya kat bukit lanjan, senang-senang aje PKR boleh menang majoriti 10 ribu lebih kali ni. Ari tu menang 5 ribu lebih aje. Bukan ape, orang bandar ni cerdik. Kenal yang mana poyo dan yang mana anak toyol kah kah kah kah.

Sunday, February 15, 2009

NUJUM PAK BELALANG VERSI MODEN

Take 1...take 2...take 3....action......

Soalan 1
Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah
dipilih,bagaimanakah kita mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PAKATAN RAKYAT..??'


Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PAKATAN RAKYAT..'

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PAKATAN RAKYAT makin tinggi kedudukannya.....


'Soalan 2
Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PAKATAN RAKYAT..??


'Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PAKATAN RAKYAT dan yang lari itulah UMNO..

Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??

'Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PAKATAN RAKYAT hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Demokrat di Amerika atau Parti ZANU aka Mugabe di Afrika..!! !


Soalan 3
Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,Satu... baaaanyak-banyak! !... Dua... sedikit-sediiiiikit ....!!! Tiga... jarang-jarang! !!... Empat... kad-dang, kad-dang,Apa itu..???


'Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..! !'

'Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...Dua... Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu...Tiga... Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...


Soalan 4
Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???


'Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya.. .

Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya. .???

'Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !

Tukang Soal : 'Buktikan!!

'Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. .. Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...''Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan. .


Soalan Extra
Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana... !!! Apakah yang ada di genggaman beta...????

'Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'

Kah kah kah kah kah.....lu orang punye kepala sama macam Hamid Albar....kah kah kah kah.


*** yang gua posting ni gua curi daripada blog lain. Minta ampun maap zahir dan batin ye tuan empunye karangan.

BAGAI IRAMA DAN LAGU....

UMNO kata ia parti yang bermaruah
Memecat ahli ambil RM300 wang hadiah
Tapi UMNO sanggup terima kemasukan perasuah
Dua ADUN PKR Perak hadapi tuduhan rasuah
Tuduhan meluluskan projek di Seri Iskandariah
Kalau bersalah mereka adalah penjenayah
Namun bagi UMNO itu tak jadi masalah
Parti itu sanggup terima yang tak bermaruah
Asalkan dapat memenuhi hajat nak memerintah
Adakah UMNO satu parti bermaruah?

Kalau dengar geng UMNO bersembang
Sikit sangat yang bercakap nak berjuang
Semua pikir pasal projek nak banyak wang
Wang..wang..wang..mengisi otak kau orang
Projek itu..projek ini..selalu menghidu peluang
Di kedai kopi di warkop atau dilobi lima bintang
Cuma slogan cemerlang gemilang terbilang
Tapi yang sebenar cuma songlap macam musang
Kalau mereka tak ikut cakap atau menentang
Silap haribulan akan didapati telah "hilang"
Macam Altantuya, Bala, Adun Cangkat dan Behrang
Habis hancus lulus isi badan dan tulang

UMNO tak appeal kepada orang muda
Sebab pemimpin UMNO sombong dan gila takhta
Sanggup beli ADUN dengan wang berjuta-juta
Dan juga perwakilan bahagian Pemuda dan Wanita
Jin-jin di PWTC boleh jadi saksi-saksi utama
Dapat lihat mata perwakilan ada Ringgit Malaysia
Lepas tu dapat berjalan ke Medan dan Jakarta
Semuanya ditanggung termasuk golf dan wanita
Sebagai imbuhan dari calun-calun yang berjaya
Semuanya akan disoal diakhirat oleh Allah Taala
Dan akan dipratonton kepada semua manusia
Manusia lingkup dek Wanita Takhta dan Harta.

****gurindam ni gua cilok dari mana tah, untuk santapan hujung minggu lu orang. Hasil coretan Keris Silau

POLITIK PERAK BAGAIKAN MAIN CHESS

Check mate! Kah kah kah kah. Najis Rosak and the UMNO geng tak sabo-sabo. Kononye da menang le pertarungan rampasan kuasa di Perak. Bagi gua le, permainan ni belum berakhir.

Gua tengok puak-puak UMNO bersorak gembira bile si mat gelap angkat sumpah depan sultan berambut putih ni. Pegi le tengok kat bloger-bloger bajingan UMNO ni. Pergghhh bagaikan menang loteri berjuta-juta lolongan bajingan ni.....kata bersyukurlah, kata kuasa melayu da jadi kuat macam superman le.....hampeh kata orang perak.

Bagi orang cetek politik aje da kate check mate. Sifu gua aka bapak gua kata, "the frog gomen" ni tak akan bertahan lama. Paling kuat bertahan pun 4 bulan. Nak tunggu rebah aje. Sekarang pun, sesama adun mereka pun da mula bercakaran. Itu lantak le hal mereka nak bertumbuk ke, nak kuntau ke yang pasti aku tepuk tangan. Kah kah kah kah.

Pembacaan politik sifu gua ni agak menarik nak gua ceritakan. Menurut sifu gua, kalau jatuhnya semula Perak ke tangan PR, BN akan bermasalah sesama parti komponen mereka dan kerajaan BN akan jatuh sebelum PR13 ni.

Sifu gua bertitah, orang ramai sangka anwar da kalah dalam game ni. Sebenarnya anwar lebih licik dan terer dari segi ilmu politik ni dari Najib. Najib ni di permulaan aje nampak hebat....tapi bab ending ni hampeh.

Ok le, itu aje gua dapat story sikit pada lu orang, sebab gua akan kupas satu persatu tilikan sifu gua aka mastermind Tun Razak PM Malaysia ke 2.